23 May
Teknik menulis perenggan pendahuluan dan penutup

Teknik menulis perenggan pendahuluan

Perenggan pendahuluan merujuk kepada membina ayat pertama dengan ayat topik. Ayat topik merupakan fokus pernyataan dalam soalan atau tajuk dalam karangan. Ayat topik juga dikenali sebagai kata kunci yang menjawab kepada persoalan karangan yang terletak di bahagian awal, di tengah mahupun di hujung perenggan. Seterusnya, ayat kedua adalah ayat huraian. Hal ini demikian kerana, huraian kepada ayat topik di atas. Huraian juga sebagai idea yang paling kuat intinya kepada keseluruhan ayat topik yang terdapat dalam karangan. Ayat ketiga pula merupakan ayat contoh yang boleh dikaitkan dengan soalan karangan. Selain itu juga, ayat contoh digunakan sebagai bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi yang ingin diperkatakan untuk memperkuatkan hujah. Ayat terakhir pula ialah ayat rumus kepada keseluruhan ayat topik.


Ayat Topik

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif

Ayat Huraian

kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat

Ayat Contoh

Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula

Ayat Rumus

Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.



Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif (KESAN) kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

 


Teknik menulis perenggan penutup

Kesimpulan pula ialah ayat akhir yang menutup perenggan atau penutup bagi sesebuah karangan. Teknik menulis perenggan penutup mestilah mempunyai ayat topik dalam sebuah karangan atau boleh juga menggunakan ayat saranan. Seterusnya, terdapat juga ayat huraiankepada tema bagi memperkuatkan hujah, cadangan serta harapan terhadap sebuah topik karangan tersebut.


Ayat topik atau Saranan

gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan

Huraian

Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat

Cadangan 

Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak.

Harapan

Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya


Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.


Terdapat 3 jenis ayat penting:

1. Ayat kesimpulan isi

Contoh: Penanda wacana penutup + kata kunci (punca / kesan / langkah) + tema)
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa beberapa langkah dapat diimplementasikan oleh (sasaran) ibu bapa untuk (tema) mewujudkan keluarga yang bahagia.

2. Ayat cadangan (…perlulah, hendaklah haruslah, dan sebagainya )

Contoh: Kita haruslah berganding bahu dan menggembleng tenaga serta mempunyai semangat tinggi setinggi Gunung Everest, seluas Banjaran Himalaya, sedalam Jurang Mariana dalam membendung isu ini daripada membarah sebelum terlewat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

3. Ayat Harapan

Contoh: Diharapkan impian negara untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi realiti dan nama negara akan sentiasa gah di pentas dunia.


Penanda wacana ayat penutup karangan

  1. Sebagai intiha,
  2. Akhir kalam,
  3. Sudah terang lagi bersuluh,
  4. Kesimpulanya,
  5. Secara keseluruhan,


Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING