Apa itu teknik 5w1h?
5w1h merujuk kepada 5W merujuk kepada what, where, who, when, what dan what dan 1H merujuk kepada how. Unsur-unsur dalam 5w1h merujuk kepada
5W1H ini merupakan satu teknik yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mengembangkan sesuatu isi dalam karangan. Penggunaan teknik ini dapat memastikan cerita dalam sesebuah karangan mempunyai perkaitan yang jelas.
1. What
What atau Apa merupakan unsur pertama yang wajib ada dalam suatu penulisan. Suatu tulisan pasti mempunyai tema atau inti cerita yang ingin disampaikan. Unsur what ini akan menjawab pertanyaan apa yang sedang terjadi. Unsur what ini akan mendorong penulis untuk mengumpulkan fakta sebanyak-banyaknya yang berkaitan dengan kejadian yang terjadi. Contohnya, Peristiwa apa yang sedang terjadi? Apa yang berlaku?, apakah peristiwa tersebut menimbulkan?, apa pendapat orang-orang tentang kejadian tersebut? dan sebagainya.
2. Who
Mengetahui sebuah berita atau cerita tidak akan lengkap jika tidak mengetahui siapa yang terlibat didalamnya. Unsur who dalam 5W1H memberikan anda untuk memberikan informasi yang berkaitan dengan siapa yang terlibat dalam penulisan yang hendak ditulis. Selain pelaku utama dalam cerita, perlu dijelaskan pula pelaku atau orang-orang lain yang turut mendukung cerita tersebut boleh terbentuk. Contohnya, Ibu bapa memainkan peranan untuk menasihati anak-anak. Jelas sekali, unsur who dalam penulisan karangan merujuk kepada orang-orang yang terlibat.
3. When
Peristiwa yang diceritakan dalam sebuah berita atau cerita perlu dilengkapi dengan keterangan waktu yang jelas. Hal ini bertujuan untuk memberikan informasi yang jelas terhadap peristiwa yang terjadi tersebut.
4. Where
Suatu cerita yang jelas akan menjelaskantempat kejadian sebuah peristiwa. Sebab, semua peristiwa pasti memiliki lokasi tempat kejadiannya. Hal ini untuk mendukung pembaca dalam memahami alur cerita disertai keterangan tempat yang jelas atas suatu peristiwa. Contohnya, Malaysia, Indonesia, Singapura dan sebagainya.
5. Why
Sesuatu peristiwa yang berlaku mempunyai sebab yang tertentu. Oleh itu, seseorang penulis hendak menghasilkan sesuatu karangan hendaklah meletakkan unsur why dalam penulisan mereka.
6. How
How atau bagaimana, unsur ini menerangkan kesemua unsur-unsur yang dijelaskan dalam 5w tersebut untuk menghasilkan sebuah karangan yang mantap.
Aplikasi “teknik bertanyakan soalan” dalam pengolahan isi.
Dalam teknik ini, pelajar perlu bertanya atau menyoalkan soalan kepada diri sendiri untuk membuat pengolahan isi. Contohnya dalam rajah 1 dibawah, sekiranya persoalan yang ditanyakan tidak dapat dijawab atau tiada jawapan pelajar tidak perlulah menulis persoalan tersebut. Contohnya dalam persoalan apa yang tidak perlu dijawab oleh pelajar.
Tajuk: Langkah-langkah mengamalkan gaya hidup sihat | |
Isi 1: Mengamalkam satu bentuk pemakanan yang seimbang | |
Soalan | Huraian |
Apa | Tiada |
Siapa | Remaja, golongan dewasa dan golongan tua, orang ramai |
Bila | Masyarakat pada masa kini |
Di mana | Tiada |
Bagaimana | Diet yang seimbang |
Mengapa | Pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita |
Jadual 1: Aplikasi teknik bertanyakan soalan dalam pengolahan isi
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamat yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.